KEISTIMEWAAN MAKANAN SUNNAH
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].
KURMA
Terdapat banyak khasiat dalam jus kurma. Antaranya ia dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan, membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Selain itu, ia juga meredakan tekanan darah tinggi.
MADU
Terdapat khasiat-khasiat madu dalam perubatan. Misalnya, madu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan dan hemoglobin, mencegah dari serangan anemia dan merawat arthirik sendi apabila dicampurkan sedikit cuka. Kegunaan madu secara luaran dapat mempercepat lagi proses penyembuhan, meningkatkan pengeluaran gastrointestinal yang merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut. Tambahan pula, madu mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih, menambah darah serta baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental
KISMIS
Kismis tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Kismis dapat membekalkan vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, dan mengandungi zat besi bagi memudahkan pengaliran oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan) yang mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk
tenaga segera.
DELIMA
Delima dikatakan mempunyai nilai yang positif kerana ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Pada masa yang sama, terdapat sedikit zat protein dan lemak di dalamnya.
Setiap makanan Sunnah Rasulullah s.a.w memiliki kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang perlu diambil dan diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Sememangnya, terdapat banyak Sunnah Rasulullah dari segi pemakanan seperti jenis makanan, cara makan yang diamalkan rasulullah, adab makan dan adab minum. Sunnah-sunnah ini akan mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan kita jika diamalkan setiap hari.