top of page

JALAN JALAN CARI MAKAN

Golongan vegetarian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu ‘vegens’, ‘lakto-ovo’, ‘lakto-vegetarian dan semi vegetarian. Vegens adalah mereka yang langsung tidak makan hasil daripada haiwan manakala, vegetarian lacto-ovo adalah golongan yang mengelakkan daripada memakan daging haiwan, tetapi mengambil hasil tenusu seperti susu, keju dan telur. Selain itu, ada juga sebahagian orang yang tidak mengambil makanan seperti daging dan telur, tetapi mengambil hasil tenusu. Golongan ini dikenali sebagai vegetarian lakto.


Terdapat banyak restoran vegetarian telah dibuka di kawasan Kuala Lumpur bagi memudahkan warga kolar putih dan biru yang mengejar masa sehinggakan tidak sempat membawa bekal ke tempat kerja. Antaranya, Simple life healty vegetarian restaurant, Sham’s cooked with love, Restaurant Sao Nam dan Saravana bhavan.

Simple life healthy vegetarian restaurant adalah restoran halal orang cina yang beroperasi di Suria KLCC. Restoran ini dikenali orang ramai bagi makanan keistimewaannya atau signature dishes yang berkonsepkan organik. Antara menu yang digemari ialah bubur organik, nasi goreng rumpai laut, mee soya, kuah sayur-sayuran. Di samping itu, harganya pula berpatutan iaitu bermula dari RM11 hingga RM20. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain itu, ramai pengunjung kedai memberi komen positif terhadap kebersihan, servis dan persekitaran restoran ini. Oleh itu, restoran ini sesuai bagi semua sama ada golongan berpendapatan tinggi mahupun rendah.

Restoran seterusnya adalah Sham’s cooked with love yang terletak di Klay Valley. Restoran ini terkenal untuk makanan Asia dan makanan orang India. Keistimewaan restoran ini adalah kemudahan dan servis yang sedia ada. Misalnya, pelanggan yang tidak mahu menunggu lama di kedai atau risau makanan akan habis kini boleh menempah makanan atas talian dengan klik menu yang dikehendaki. Bungkusan makanan pula sampai ke tangan secara percuma jika penempahannya lebih daripada rm30. Tambahan pula, restoran ini mengamalkan polisi ‘Go Green’ di mana makanannya lebih berasaskan ovo-lacto vege manakala, kotak bungkusan makanan boleh di kitar semula.


Selain itu, Restoran Sao Nam pula terkenal bagi makanan vegetarian Vietnam. Kebanyakan makanan yang disediakan di sini berasaskan sup dan restoran ini juga menggunakan banyak sayur dalam masakan mereka. Masakan istimewa yang boleh didapati di sini ialah salad mangga dan pancake Vietnam. Selain menyediakan makanan, restoran ini juga akan menyediakan kelas masakan kepada orang ramai sekiranya cukup ahli.


Saravana Bhavan pula restoran orang India yang mempunyai cawangan di India dan Malaysia. Restoran ini bermula secara kecil- kecilan sehingga mengembang ke Malaysia. Masa beroperasi kedai ini bermula pada 8.30 pagi hingga 11 malam. Pelanggan boleh memilih dua jenis makanan iaitu makanan ringan atau nasi. Resepi setiap makanan mengandungi rempah ratus asli orang India yang membuatkan makanan lebih sedap serta berapi. Pelanggan dihidangkan dengan dua cara iaitu layan diri atau pesan set makanan. Selalunya, set makanan dikira sedikit mahal berbanding layan diri. Keistimewaan restoran ini ialah mereka menghidangkan makanan di daun pisang kerana ia baik untuk kesihatan serta bersih.


Justeru itu, warga bandar kuala lumpur tidak perlu memikir panjang untuk menukar gaya pemakanan kepada lebih sihat kerana kini terdapat banyak pilihan untuk mereka bagi menjamin kesihatan.


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
bottom of page