top of page

KAYU KITCHEN

Pada asalnya pemilik Kayu Kitchen ni hanya membuka kedai makan biasa seperti masakan panas. Tetapi, memandangkan terlalu banyak restoran masakan panas di kawasan Changlun, pemilik Kayu Kitchen menukar konsep makanannya dan dekorasi restorannya. Dengan memilih konsep zaman kini iaitu “hipster” dan makanan barat. Selain itu, pemiliknya juga memilih konsep yang berteraskan kayu iaitu kerusi dan meja di sini kebanyakkannya diperbuat daripada kayu dan lebih menarik ialah ia direka sendiri oleh pemiliknya.




Oleh itu, ia nampak unik dan dapat menarik ramai pelanggan terutamanya pelajar-pelajar Universti Utara Malaysia dan juga penduduk setempat. Harga makanan di Kayu kitchen memang berpatutan di mana pelanggan dapat menikmati “lamb Chop “ berserta air dengan hanya RM10.



Dengan berkat kesabaran pemiliknya,kini Kayu Kitchen lebih dikenali dari kalangan pencinta makanan.Terdapat bermacam-macam makanan yang menarik dan luar biasa di sini seperti nasi daging rusa, nasi daging kambing, nasi daging lembu, makanan barat serta beraneka air yang sedap.








Menu yang paling popular di sini ialah nasi daging rusa, char keowteow sotong manakala minuman pula air Anzalna dan Teh Ais Larva. Disamping itu, ada lagi makanan barat lain yang hanya RM 10. Harga yang sangat murah, berbaloi dan berpatutan.



















![endif]--


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
bottom of page