TREND TERKINI
POPULARNYA MAKANAN SEGERA
Makanan segera ialah makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan cepat dan pantas. Makanan seperti ini terkenal di Amerika Syarikat sejak tahun 1950. Lazimnya, ungkapan ini dikhususkan untuk makanan yang disediakan di restoran atau kedai dengan menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terlebih dahulu dan dihidangkan kepada pelanggan. Terdapat pelbagai restoran makanan segera di Malaysia seperti KFC, McDonald, Pizza Hut, Subway, Domino dan lain-lain.
KEISTIMEWAAN RESTORAN MAKANAN SEGERA DI MALAYSIA
Antara restoran makanan segera yang popular ialah pertama, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang merupakan makanan segera yang pakar dalam pembuatan ayam goreng. KFC sering mengadakan promosi dan pakej jimat box yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
Kedua ialah McDonald Corporation di mana ia merupakan operator makanan segera yang terbesar di dunia sejak tahun 1955. Produk pertamanya ialah Burger Big Mac dan ia diperkenalkan pada tahun 1968. Sehingga hari ini, McDonald’s beroperasi dan kini mempunyai cawangan lebih dari 30, 000 yang melibatkan lebih dari 100 buah negara dan jenamanya dikenali umum sebagai. Jualannya dikatakan sangat memuaskan dimana ia mengaut keuntungan sebanyak 57 billion dollar sehingga tahun 2016.
Ketiga adalah Pizza Hut. Pizza Hut merupakan sebuah rangkaian restoran makanan segera dan francais makanan antarabangsa. Ia adalah rangkaian restoran pizza yang terbesar di dunia. Pizza Hut diasaskan pada tahun 1958 oleh dua orang pelajar iaitu Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas.Pizza hut mempunyai makanan sampingan seperti sup cendawan, ayam roasted, roti bawang dan lain-lain. Selain itu, Pizza Hut juga menggunakan promosi dengan memberi kupon promosi harga murah kepada