top of page

PEMAKANAN SIHAT WARGA EMAS


KAEDAH UNTUK MENGGALAKAN WARGA EMAS MAKAN.

Terdapat beberapa kaedah untuk merangsang selera makan warga emas. Antaranya membawa mereka bersiar bersama kawan-kawan dan makan secara ramai-ramai akan membuat mereka terlupa akan kemurungan yang mereka alami dan seterusnya membangkitkan selera untuk makan. Selain itu, menyediakan alat bantu untuk memudahkan mereka makan supaya mereka dapat berlatih untuk makan sendiri dan disuap jika perlu untuk menghilangkan stress mereka ketika waktu makan.


Warga emas yang berlebihan berat badan perlu menurunkan berat badan mereka. Untuk ini kurangkan penyediaan makanan bergoreng atau yang tinggi kandungan lemak, kurangkan penggunaan semua jenis minyak dan lemak, gula dan kurangkan saiz hidangan bagi setiap waktu makan. Mereka juga perlu kurangkan makan kuih muih yang tinggi kandungan lemak dan mengantikannya dengan buah buahan yang mengandungi banyak vitamin untuk menjamin kesihatan tubuh badan.


Osteoporosis merupakan masalah yang dihadapi oleh majoriti golongan warga emas. Jadi, penyelesaiannya ialah menyediakan makanan yang lebih tinggi kandungan kalsium.Selain itu, anda juga boleh bertanyakan pendapat mereka tentang masakan atau hidangan agar boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Dengan cara ini mereka akan berasa senang hati untuk makan kerana pendapat mereka diambil kira.


Warga emas yang semakin meningkat usianya akan mengalami kemurungan dan masalah untuk makan. Kadang kala tanpa perhatian, mereka mungkin tidak makan untuk satu hari. Jadi, kita haruslah mengamalkan kaedah-kaedah yang telah dikemukakan bagi menjamin kesihatan warga emas.

PEMAKANAN SIHAT WARGA EMAS.

Kadar pemakanan warga emas berubah seiring dengan peningkatan usia mereka. Warga emas perlu diberi perhatian khusus terhadap hidangan makanan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan usia yang akan diikuti dengan pengurangan deria rasa dan bau, keupayaan menghadam dan menyerap makanan, melihat dan mendengar, kehilangan gigi, ketahanan melakukan aktiviti fizikal, kurangnya pepejal otot, jumlah air dalam badan, kepadatan tulang dan kemurungan serta kekeliruan.


PANDUAN MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK WARGA EMAS.


Þ Menghidangkan makanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengandungi pelbagai jenis rasa, bauan dan sebagainya.

Þ Gunakan pelbagai perencah asli seperti halia, lengkuas, bawang, daun bawang, daun sup, herba dan rempah asli seperti ketumbar, jintan dan halba untuk membangkitkan rasa makanan.

Þ Menghidangkan makanan penuh dengan khasiat nutrien yang dapat membantu memberi tenaga untuk badan seperti mi sup dan sup daging.







Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
bottom of page