JERUSALEM ARTICHOKE
Jerusalem Artichoke merupakan sejenis bahan yang istimewa kerana ia hanya boleh didapati di Amerika Syarikat. Jerusalem Artichoke adalah akar sejenis bunga Daisy yang berasal dari kawasan timur North America, tetapi hanya boleh dapat di Canada, North Dakota, Florida dan Texas. ‘Jerusalem Artichoke’ ini tidak ada kaitan dengan Jerusalem dan bukan sejenis artichoke tetapi ia adalah sejenis daripada bunga Daisy.
Sebelum kedatangan orang Eropah, Jerusalem Artichoke mula ditanam oleh orang asli Amerika lama. Pada tahun 1605, penjelajah Perancis Samuel de Champlain memperoleh tumbuhan domestik yang ditanam di Cape Cod. Kemudian, dia membawa tumbuhan ini kembali ke Perancis. Menjelang pertengahan 1600-an, Jerusalem Artichoke telah menjadi sayur-sayuran yang biasa digunakan oleh masyarakat di Eropah dan Amerika. Selain itu, tanaman ini juga digunakan sebagai makanan ternakan di Eropah dan masa penjajahan di Amerika. Pada tahun 2002, Jerusalem Artichoke telah mendapat nama sebagai ‘Sup Sayur-sayuran terbaik’ dalam acara ‘Nice Festival’ sempena Warisan Masakan Perancis.
Jerusalem Artichoke dihasilkan secara organik iaitu dengan menggunakan cara organik tanpa menggunakan bahan kimia. Cara penanaman bahan adalah seperti kaedah penanaman ubi. Jerusalem artichoke tumbuh dengan baik di tanah pH yang neutral. Tumbuhan ini memerlukan banyak sinaran matahari untuk tumbuh dengan baik.
Jerusalem Artichoke mempunyai rasa dan tekstur yang sama seperti kentang tetapi mengandungi kebaikan kesihatan yang banyak berbanding kentang. Selain itu, Jerusalem Artichoke juga dikatakan sihat kerana kaya dengan inulin. Bahan ini juga mengandungi protein, tidak mengandungi kandungan minyak dan kandungan kanji yang rendah.
Jerusalem Artichoke sangat digalakkan untuk diamalkan oleh individu yang menghidapi penyakit diabetis tahap dua, hal ini demikian kerana Fructosa yang terdapat dalam ‘Jerusalem Artichoke’ adalah merupakan fructosa yang boleh diterima oleh badan. Dalam erti kata lain, walaupun bahan ini mempunyai sedikit rasa manis kerana mengandungi fructosa namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada pesakit diabetes.