top of page

RAJA BUAH (DURIAN)

JENIS- JENIS DURIAN

1. Mao Shan Wang/ Musang King

Durian jenis ini merupakan durian yang sangat tinggi permintaannya kerana isinya yang tebal dan rasanya yang manis. Nama lain durian Musang King ialah Butter Durian, Cat Mountain King dan Raja Kunyit. Musang King berasal daripada Kelantan, Pahang dan Johor. Harganya juga sangat tinggi iaitu sekitar tiga puluh ringgit hingga enam puluh ringgit untuk 1 kilogram.


2. XO


XO adalah sejenis durian yang mempunyai isi tebal tetapi bertekstur halus, rasanya lemak manis dan sedikit pahit. Durinya juga sangat tajam dan mempunyai biji yang besar. Sesetangah orang tidak suka akan rasanya. Durian ini banyak terdapat di Johor, Genting dan Cameron Highlands.




3. D 24

Durian yang berkod D24 atau nama lainya Sultan mempunyai warna yang agak pucat dan rasanya yang pahit tetapi berkrim. Durian ini mempunyai duri kasar yang tajam dan mudah didapati di Johor, Pahang dan Cameron Highlands.








4. D 13




Bagi sesiapa yang pertama kali mencuba durian, D13 adalah pilihan terbaik kerana rasanya yang tidak terlalu berat, rasanya yang manis dan kurang berbau. Isinya juga berwarna oren. D13 banyak terdapat di Segamat






5. D 1


Ialah durian yang bersaiz agak kecil dan isinya seperti susu. Kebiasaanya durian ini mudah didapati di kampung. Durian jenis ini mempunyai warna kuning yang agak pucat.






6. D 101


Durian D101 ini juga sama seperti durian yang lain kerana rasanya yang manis dan juga berkrim tetapi mempunyai warna kuning yang agak kusam. Durian seperti ini boleh didapati di Johor dan juga Pahang.










Gerai Durian di Wangsa Maju, Seksyen 2 (berhampiran burger Kaw-Kaw) 3. 6363 Durian Stall, Jalan Mergastua, Kepong Baru4. Ting Siang Hock Trading’s, Pulau Pinang



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Instagram Social Icon
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
bottom of page